kehadiran orang orang Mandailing diSumatera dan di tanah melayu

Berikut adalah sejarah ringkas mengenai kehadiran orang orang Mandailing diSumatera dan selanjutnya kehadiran mereka diTanah Melayu diabad ke19 serta peristiwa peristiwa yang berlaku seterusnya SEJARAH MANDAILING (Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia). Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan pengaruh mereka. Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma.


 Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang dan kehidupan disana sentiasa tidak aman. Pada waktu itu mereka mereka berundur keTanah Melayu dan melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja. Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke – 6.

 Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga kesebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnya di abad ke-9. Tentera kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena nama Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua). Kerajaan kedua di Sumatera yang di didirikan oleh orang orang Munda ialah di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang Keling. Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva. Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing.

 Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur. Penduduk yang tidak dapat di tawan oleh tentera Majapahit telah lari kehutan dan hidup bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit yang berhampiran antara satu sama lain, namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung. Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru. Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena kesalahan bermukah dengan adik satu ayah tetapi berlainan ibu kakakadik bernama Putri Langagoni. Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi. Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku sumbang dengan adik satu ayah tetapi ibu mereka adik beradik yaitu bernama Puti Nan Jelito@Putri Rumandang Bulan.

 Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo. Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa setandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai. Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang gagah dan perkasa tubuhnya. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ. Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan. Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang dewi/bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut dibawa kedalam sungai tersebut lalu dimandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang dan berguguran.

 Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati parut-parut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai “Aek Batang Gadis” artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan. Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut dibalut dengan kain sutera kuning pinang masak berserta aguk kerajaan Pagaruyung. Begitu ditinggalkan didalam hutan diatas batu yang terhampar ditebing sungai tersebut,bunyi tangisannya telah dikesan oleh anjing buruan bernam Sempaga Tua yang membawa rombongan Sutan Pulungan yang sedang memburu ketempat tersebut, anak tersebut lalu dipunggutnya oleh Sutan Pulungan. Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut telah menimbulkan irihati dan dengki kepada Permaisuri Sutan Pulungan.Pada satu pesta mengantikan tiang seri Bagas Godang Sutan Pulungan pihak Permaisuri telah merencanakan pembunuhan anak pungut yang dipanggil Sibaroar, rencana tersebut diketahui oleh siSaowa lalu melarikan anakpeliharannya keseberang Aek Batang Gadis. Akhirnya mereka berdua telah berhasil melarikan diri dan bermukim dekat Panyabungan.Apabila dewasa SIBAROAR telah pergi menyabung ayam diPanyabungan,setiap kali perlawanan ayam nya menang sehingga ketua Kampung Panyabungan tersebut mengadaikan kampungnya didalam perlawan yang terahkir.Ayam siBaroar telah menang dan dia menjadi pemilik kampung Panyabungan. Panyabungan telah menjadi luas dan besar ahkirnya menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan kemudiannya berjaya mengalahkan Sutan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan dengan gelar Sutan Diaru. Oleh karena raja di Penyabungan yang tidak diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan “MANDE NAN HILANG”, perkataan tersebut menjadi Madehilang dan lama kelamaan menjadi Mandailing. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang yang sakti. Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan “Aek Batang Gadis” lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan. Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Puti Nan Jelito@Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan. Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, “Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang.” Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.Ditakdirkan setibanya Betara Gorga Pinayungan diKota Pinang kekandanya Betara Sinomba telah jatuh sakit dan sakitnya telah membawa maut,Puti Langagoni iaitu adinda kepada Betara Gorga Pinayungan telah meminta kekandanya memangku kerajaan Kota Pinang kerana anak anaknya masih belum dewasa,maka itu tercatit didalam sejarah Kerajaan Kota Pinang mengenai pemerintahan Betara Gorga Pinayungan. Kerajaan Sibaroar@Sutan Diaru di Penyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya. Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing.

Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyabungan pada pertengahan 1816. Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang Belanda terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu. Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut yang berundur keTanah Melayu setelah tumbang Benteng Dalu Dalu 1838 dan Sutan Naposo yang merupakan pembuka Kuala Lumpur dan waris negeri disana tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor. Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya telah mengakibatkan perpindahan tersebut. Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak 1816 apabila Paderi menyerang keMandailing ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka atau secara berkumpulan untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman. Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dan Tuanku Rao dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu Yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832. Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda. Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa berundur ke Benteng Dalu Dalu. Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi. Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Tuanku Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu. Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut. Tuanku Tambusai,Tuanku Raja Asal dan Tuanku Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian Tuanku Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda.Tuanku Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana.Tuanku Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Tuanku Raja Laut. Sekitar tahun 1850,Tuanku Raja Asal telah meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya apabila mendapat berita tentang usaha melombong bijih timah disana. Di Pahang Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah.Tuanku Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857.

Tuanku Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh. Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 – 1863,Tuanku Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru. Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Tuanku Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Tuanku Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor. Di Selangor Tuanku Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Tuanku Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera.

 Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera. Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Tuanku Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh ketangan orang-orang Mandailing,Tuanku Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag Mandailing. Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil/Viceroy Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor.Tengku Kudin adalah tajaan Inggeris. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris.

Walaupun pada mulanyaTuanku Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah. Pada bulan Mei 1872,Tuanku Raja Asal bersama Tuanku Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk mempertahankan Kuala Lumpur dari cubaan menghapuskan etnik Mandailing. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukanTuanku Raja Asal/ Tuanku Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap Ah Loy yang di bantu oleh tentera Inggeris yang dipimpin oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.Tentera Inggeris telah melarikan diri keKelang. Kejayaan Tuanku Raja Asal dan Tuanku Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang serta Gabnor Jenderal Inggeris diSingapura. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Tuanku Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi yang kini telah berkubu diBukit Nenas. Tuanku Raja Laut telah mendapat berita tentang pakatan Inggeris,tentera Pahang,pasukan kongsi gelap Cina,tentera Selangor serta pasukan Kedah dibawah pimpinan Tengku Kudin untuk menghapuskan etnik Mandailing diMuara Bustak/Kuala Lumpur lalu Baginda telah maufakat untuk turun ke Sumatera bagi mendapatkan bantuan saki baki tentera Paderi. Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tetera Paderi atau Tuan Guru. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku. Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Tuanku Raja Asal di Ulu Kelang.

 Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang. Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing. Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Imam Perang Raja Rosu orang Rao itu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Tuanku Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang kerana perairan Selangor dikawal ketat oleh kapal perang Inggeris maka mereka terpaksa mendarat di Teluk Mak Intan diNegeri Perak, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang dan sekutu mereka,orang orang Mandailing diBukit Nenas samada yang mati atau cedera oparah semuanya dikeret kepala mereka untuk mendapatkan ganjaran yamg dijanjikan oleh Yap Ah Loy.

Tuanku Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.Tuanku Raja Laut dalam perjalanannya keMuara Bustak/Kuala Lumpur telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu mereka memamggilnya Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei. Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Tuanku Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak. Sebelum bertemu dengan Tuanku Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Kajang untuk bersatu bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan Na Poso tidak begitu yakin kerana Tuanku Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun tersebut.

Pasukan perang dipimpin oleh Jabarumun tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut. Setelah Tuanku Raja Laut dan Tuanku Raja Asal bertemu diUlu Bernam terdapat perbedaan pendapat untuk meneruskan perjuangan merampas kembali Kuala Lumpur.Tuanku Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal yang cenderung...

Komentar